Friday, August 29, 2014

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Salam pengenalan..

Surau Residensi Bistaria telah mula beroperasi pada awal tahun 2013. Pada awal pembukaannya surau ini tidak mempunyai ramai jemaah. Ini berkemungkinan kawasan ini baru dibuka dan tidak ramai penduduknya. Setelah pelbagai usaha dilakukan bagi mengimarahkan surau barulah menampakkan hasilnya. Semakin hari semakin ramai penduduk yang mula menghadiri surau bagi tujuan solat, bacaan yassin dan pelbagai lagi.

Sebelum ini, Surau Residensi Bistaria  telah melantik beberapa ahli kariah untuk jawatan-jawatan seperti Pengerusi, Imam, Bilal, Setiausaha, Bendahari, Tok Siak dan juga ahli jawatankuasa (AJK) bagi membolehkan surau ini diuruskan dengan sempurna. Malangnya, setiap ahli kariah yang dilantik tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugas-tugas yang telah diamanahkan. Oleh itu, pihak surau telah membubarkan jawatan-jawatan yang telah dipangku oleh ahli-ahli kariah itu. Kini, surau Residensi Bistaria hanya diuruskan oleh  jawatankuasa Urusetia Surau. Urusetia Surau ini, terdiri daripada jemaah yang kerap hadir ke surau dan dengan rela hati mengurus  surau ini agar ia dapat terus di imarahkan.

Dengan adanya Urusetia ini, pelbagai program telah dirangkakan. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan ialah membersih surau yang telah dilakukan pada 23 Jun, 2014 yang lalu. Program ini dilakukan sebelum kedatangannya bulan Ramadhan. Pada bulan ramadhan pula, solat tarawih dilakukan di surau ini. Ini adalah kali kedua surau Residensi Bistaria melakukan solat tarawih. Dapat dilihat peningkatan  kehadiran penduduk yang bersama-sama mengerjakan solat tarawih. Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri  telah diadakan pada 23 Ogos, 2014. Ia diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli kariah disamping dapat bermaaf-maafan diantara satu sama lain sepertimana yang dituntut oleh agama. Tidak lupa juga pada anak-anak kariah yang bakal mendudukki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tahun ini. Program solat hajat telah dilakukan pada 28 Ogos, 2014 yang lalu. Tujuan ia dilakukan adalah bagi mendoakan kesejahteraan pada anak-anak kariah yang akan mendudukki peperiksaan tersebut, agar mereka dalam keadaan tenang dan dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Semoga anak-anak ini memperolehi kejayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang berguna baik didunia mahupun diakhirat.

Semoga Surau Residensi Bistaria akan terus diimarahkan dimasa-masa akan datang.

~ MENGIMARAHKAN SURAU ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ~



Sekian. Wassalam....

No comments:

Post a Comment