Tuesday, September 16, 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

28hb Ogos yang lalu, majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di dewan bersebelahan dengan surau RB. Pada malam sebelumnya,  pihak Urusetia Surau telah menjemput ahli kariah bergotong royong memasak juadah jamuan hari raya. Syukur alhamdulillah, ramai ahli kariah yang telah hadir membantu.

Majlis jamuan hari raya bermula jam 5.00 petang setelah selesai solat asar berjemaah di surau RB. Majlis yang diadakan secara sederhana dan santai telah dihadiri ramai penduduk RB. Tujuan utama Urusetia Surau mengadakan jamuan ini adalah bagi saling kenal mengenali dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara penduduk-penduduk yang tinggal disini. 

Kami juga berbangga apabila YB Tuan Haji Saari Bin Sungib telah sudi untuk singgah ke majlis yang tidak seberapa ini, walaupun di DUN kawasan Hulu Kelang mengadakan majlis jamuan hari raya aidil fitri juga.

Pada malam sebelum majlis jamuan aidil fitri diadakan, ahli 
kariah telah bertungkus lumus bergotong royong menyediakan juadah.

Urusetia Surau sedang sibuk melayan tetamu VIP
yang hadir iaitu YB Tuan Haji Saari Sungib dan
para sahabat-sahabatnya.

Pada malam 28hb Ogos, Urusetia Surau telah menjemput Ustaz Dr Mohammad Deen
dari UIA bagi menyampaikan ceramah selepas solat maghrib.


Ahli kariah yang hadir sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Setelah selesai solat isyak, majlis jamuan hari raya diteruskan lagi.
Urusetia Surau dan ahli kariah melayan penceramah yang dijemput.

Sebahagian dari jemputan yang hadir.

Pada majlis jamuan hari raya 2014 ini, pihak Urusetia Surau berasa bangga apabila mendapat sokongan moral dan tenaga dari ahli-ahli kariah surau RB. Dapat dirasai terjalinnya satu ukhuwah diantara kita. Semoga ukhuwah ini adakan terus berkekalan ke akhir hayat kita. Insya allah.

Firman Allah,

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk kepada sekalian 
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadhan, maka hendaklah dia berpuasa, dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain (dengan ketetapan
yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIA tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan
puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana
mendapat petunjukNYA, dan supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)


~ SATU UKHUWAH, SATU PERJALANAN ~



Sekian, wassalam....




No comments:

Post a Comment