Thursday, September 25, 2014

SOLAT HAJAT

Pada 28hb Ogos 2014 yang lalu, telah diadakan solat hajat khas untuk anak-anak penduduk Apartment Residensi Bistaria yang akan mendudukki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Syukur alhamdulillah ramai penduduk yang datang dan bersama-sama mengerjakan solat hajat itu. Selepas solat maghrib, pembacaan yassin, tahlil dan seterusnya solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Syazrul telah dilakukan.

 Diharapkan anak-anak yang bakal mendudukki peperiksaan ini dapat mendapat menjawab soalan dengan tenang dan yakin dengan kemampuan sendiri. Semoga anak-anak ini akan menjadi insan yang cemerlang baik didunia mahupun diakhirat dan berjasa kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. INSHA ALLAH. Amin..amin..ya rabbal alamin...

Solat maghrib berjemaah yang di imamkan oleh ustaz Syazrul.

Air penerang hati. Semoga anak-anak ini ditetapkan hati dan
dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan nanti.

Pembacaan yassin dan tahlil.

Berdoa supaya anak-anak ini di permudahkan untuk menjawab soalan 
peperiksaan nanti. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi
harapan kepada ibu bapa, agama dan negara.

Setelah selesai solat, jamuan ringkas diadakan.


DOA PENERANG HATI

Maksudnya :

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku"

(Surah Taha : 25,26,27,28)


DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH



1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
lk
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”





~ Satu perjalanan, satu ukhuwah ~




Sekian, wassalam....




Tuesday, September 16, 2014

HADITH NABI

BASAHI LIDAH DENGAN ZIKIR

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ قَالَ: لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ

Maksudnya :

"Dari 'Abdullah Bin Busr' RA, seorang lelaki bertanya "wahai Rasulullah", sesungguhnya syariat Islam itu terlalu banyak ke atas ku, beritahulah ke atas ku sesuatu yang dapat ku bergantung dengannya."
Lalu Rasullullah SAW bersabda : Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada ALLAH.

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

28hb Ogos yang lalu, majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di dewan bersebelahan dengan surau RB. Pada malam sebelumnya,  pihak Urusetia Surau telah menjemput ahli kariah bergotong royong memasak juadah jamuan hari raya. Syukur alhamdulillah, ramai ahli kariah yang telah hadir membantu.

Majlis jamuan hari raya bermula jam 5.00 petang setelah selesai solat asar berjemaah di surau RB. Majlis yang diadakan secara sederhana dan santai telah dihadiri ramai penduduk RB. Tujuan utama Urusetia Surau mengadakan jamuan ini adalah bagi saling kenal mengenali dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara penduduk-penduduk yang tinggal disini. 

Kami juga berbangga apabila YB Tuan Haji Saari Bin Sungib telah sudi untuk singgah ke majlis yang tidak seberapa ini, walaupun di DUN kawasan Hulu Kelang mengadakan majlis jamuan hari raya aidil fitri juga.

Pada malam sebelum majlis jamuan aidil fitri diadakan, ahli 
kariah telah bertungkus lumus bergotong royong menyediakan juadah.

Urusetia Surau sedang sibuk melayan tetamu VIP
yang hadir iaitu YB Tuan Haji Saari Sungib dan
para sahabat-sahabatnya.

Pada malam 28hb Ogos, Urusetia Surau telah menjemput Ustaz Dr Mohammad Deen
dari UIA bagi menyampaikan ceramah selepas solat maghrib.


Ahli kariah yang hadir sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Setelah selesai solat isyak, majlis jamuan hari raya diteruskan lagi.
Urusetia Surau dan ahli kariah melayan penceramah yang dijemput.

Sebahagian dari jemputan yang hadir.

Pada majlis jamuan hari raya 2014 ini, pihak Urusetia Surau berasa bangga apabila mendapat sokongan moral dan tenaga dari ahli-ahli kariah surau RB. Dapat dirasai terjalinnya satu ukhuwah diantara kita. Semoga ukhuwah ini adakan terus berkekalan ke akhir hayat kita. Insya allah.

Firman Allah,

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk kepada sekalian 
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadhan, maka hendaklah dia berpuasa, dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain (dengan ketetapan
yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan DIA tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan
puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana
mendapat petunjukNYA, dan supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)


~ SATU UKHUWAH, SATU PERJALANAN ~



Sekian, wassalam....




Wednesday, September 3, 2014

RAMADHAN 2014

Sepetimana surau-surau dan masjid-masjid yang ada di negara kita mengadakan solat sunat tarawih, begitu juga di surau Residensi Bistaria ini. Malam pertama bersolat tarawih adalah pada 28hb Jun, 2014 dan seterusnya sehingga ke ramadhan 30. Setiap malam sepanjang bulan ramadhan dimulai dengan iftar bersama-sama ahli kariah yang hadir dan seterusnya solat maghrib berjemaah.

Selepas solat isyak, tahlil dibacakan. Ia dilakukan bagi menyempurnakan hajat ahli kariah yang ingin menghadiahkan tahlil kepada arwah-arwah. Solat tarawih dilakukan sebanyak 8 rakaat yang telah di pimpin oleh Imam Syazrul (UIA) dan Imam Mohd Shah (UIA) seterusnya tadarus al-quran dan moreh.

Kami juga berbesar hati, pada bulan ramadhan yang lalu imam dari Syria telah sudi mengimamkan solat isyak dan tarawih sehingga selesai. Begitu juga, dengan kedatangan YB Saari Bin Sungib ke surau kami bagi menyampaikan tazkirah. Dimalam itu juga, diadakan penyampaian cenderahati kepada imam-imam dan para petugas.

 Majlis penyampaian cenderahati
kepada para petugas.
 YB Tuan Haji Saari Bin Sungib
telah sudi menyampaikan cenderahati kepada imam-imam yang bertugas dan moreh bersama-sama ahli kariah.

 Wajah-wajah ahli kariah surau Residensi Bistaria.



Tok Siak bergambar kenangan dengan imam dari Syria -
Sheikh Mohanad.



"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya
kamu menjadi orang yang bertaqwa".

(Surah Al-Baqarah ayat 183).



~ Satu Ukhuwah, Satu Perjalanan ~



Sekian, wassalam...



Tuesday, September 2, 2014

MAKSUD UKHUWAH DALAM ISLAM DAN PENGERTIANNYA


~ UKHUWAH ~ bermaksud persaudaraan.

UKHUWAH - adalah satu sifat atau perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, bantu membantu dan  cinta mencintai sesama umat Islam. Perasaan rasa kasih sayang antara sesama insan diatas asas aqidah islamiyah iaitu iman dan taqwa.

UKHUWAH - adalah satu jalinan perpaduan antara dua hati orang-orang yang beriman dan tulus ikhlas. Kejujuran dan kesetiaan dalam persahabatan dan saling mendahulukan kepentingan saudara-saudaranya yang lain. 

Perumpamaannya seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Apabila senang sama-sama ketawa gembira, apabila susah sama-sama menangani duka.


"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara,
maka damaikanlah diantara kedua-dua saudaramu dan bertaqwalah kepda Allah
supaya kamu mendapat rahmat".
(Surah Al-Hujurat : 10)



SATU UKHUWAH, SATU PERJALANAN


Sekian, wassalam....
.



Saturday, August 30, 2014

22HB JUN, 2014 ~ GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU RESIDENSI BISTARIA

Pada 22hb Jun, 2014 yang lalu, pihak Urusetia telah mengadakan majlis gotong royong bagi membersihkan surau. 2 minggu sebelum mengadakan gotong royong ini, surat pekeliling telah diedarkan. Pengedaran surat pekeliling ini adalah bagi mewar-warkan kepada penduduk agar dapat bekerjasama membersihkan surau disamping berkenal-kenalan dengan para penduduk bagi menjalin ukhuwah yang lebih erat. Alhamdulillah...ramai penduduk yang telah sudi menghadirkan diri pada majlis gotong-royong tersebut.

 Dibawah ini adalah gambar-gambar penduduk yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan majlis gotong-royong membersih surau.

 Ahli kariah yang sedang membersih kipas angin dan membetulkan sistem audio.

 Rak meletak kitab-kitab dan al-quran.

 Selepas siap membersihkan surau, jamuan ringkas telah diadakan.

Surau Residensi Bistaria yang terletak Blok E, di tingkat 1.



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara."
(AL-HUJURAT : 10)


~ SATU UKHUWAH, SATU PERJALANAN ~



Sekian. Wassalam....




Friday, August 29, 2014

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Salam pengenalan..

Surau Residensi Bistaria telah mula beroperasi pada awal tahun 2013. Pada awal pembukaannya surau ini tidak mempunyai ramai jemaah. Ini berkemungkinan kawasan ini baru dibuka dan tidak ramai penduduknya. Setelah pelbagai usaha dilakukan bagi mengimarahkan surau barulah menampakkan hasilnya. Semakin hari semakin ramai penduduk yang mula menghadiri surau bagi tujuan solat, bacaan yassin dan pelbagai lagi.

Sebelum ini, Surau Residensi Bistaria  telah melantik beberapa ahli kariah untuk jawatan-jawatan seperti Pengerusi, Imam, Bilal, Setiausaha, Bendahari, Tok Siak dan juga ahli jawatankuasa (AJK) bagi membolehkan surau ini diuruskan dengan sempurna. Malangnya, setiap ahli kariah yang dilantik tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugas-tugas yang telah diamanahkan. Oleh itu, pihak surau telah membubarkan jawatan-jawatan yang telah dipangku oleh ahli-ahli kariah itu. Kini, surau Residensi Bistaria hanya diuruskan oleh  jawatankuasa Urusetia Surau. Urusetia Surau ini, terdiri daripada jemaah yang kerap hadir ke surau dan dengan rela hati mengurus  surau ini agar ia dapat terus di imarahkan.

Dengan adanya Urusetia ini, pelbagai program telah dirangkakan. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan ialah membersih surau yang telah dilakukan pada 23 Jun, 2014 yang lalu. Program ini dilakukan sebelum kedatangannya bulan Ramadhan. Pada bulan ramadhan pula, solat tarawih dilakukan di surau ini. Ini adalah kali kedua surau Residensi Bistaria melakukan solat tarawih. Dapat dilihat peningkatan  kehadiran penduduk yang bersama-sama mengerjakan solat tarawih. Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri  telah diadakan pada 23 Ogos, 2014. Ia diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli kariah disamping dapat bermaaf-maafan diantara satu sama lain sepertimana yang dituntut oleh agama. Tidak lupa juga pada anak-anak kariah yang bakal mendudukki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tahun ini. Program solat hajat telah dilakukan pada 28 Ogos, 2014 yang lalu. Tujuan ia dilakukan adalah bagi mendoakan kesejahteraan pada anak-anak kariah yang akan mendudukki peperiksaan tersebut, agar mereka dalam keadaan tenang dan dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Semoga anak-anak ini memperolehi kejayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang berguna baik didunia mahupun diakhirat.

Semoga Surau Residensi Bistaria akan terus diimarahkan dimasa-masa akan datang.

~ MENGIMARAHKAN SURAU ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ~



Sekian. Wassalam....